Friday, December 14, 2007

MACAM-MACAM ADABertugas mengikut syif -CEPAT MATI LA TU

sakit jantung

LONDON: Satu penyelidikan terbaru Britain mendakwa pekerja yang bertugas mengikut syif atau waktu kerja yang sentiasa berubah boleh membahayakan kesihatan, termasuk meningkatkan risiko penyakit jantung berbanding petugas biasa.



Kajian Keselamatan dan Kesihatan ke atas pekerja lombong minyak yang bertugas syif malam selama seminggu disusuli syif siang hari pada minggu berikutnya, mempunyai risiko lebih tinggi menghidap sakit jantung berbanding mereka yang bekerja syif siang atau malam secara tetap.

Edisi terbaru New Scientist melaporkan, mereka yang bertugas pada syif tidak menentu itu juga terbukti lebih penat dan gagal memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugasan yang diberikan.

Pakar Kesihatan Pekerjaan yang juga pensyarah Universiti Lancaster, Prof Cary Cooper berkata, masalah itu dapat dikurangkan jika pekerja dibabitkan dalam syif tugas tertentu.

ekerja atau individu yang berasa dapat mengawal kehidupan mereka sebagai pekerja, didapati kurang sakit.?br>
Dalam kajian itu, penyelidik Universiti Cardiff dan Universiti Guildford di Surrey meneliti keadaan kesihatan kira-kira 45 pekerja lombong minyak luar pantai.

Dua institusi itu mengkaji kesan tugasan dua syif itu yang terpaksa dilalui pekerja lelaki terbabit.

Sepanjang tempoh dua minggu, mereka diarahkan bekerja syif 12 jam siang atau malam. Kumpulan pekerja yang lain pula bekerja syif tidak tetap antara malam dan siang selama seminggu berturut-turut bagi setiap syif.

Ramai pekerja lebih sukakan syif itu kerana membolehkan mereka membiasakan diri dengan waktu tidur pada sebelah malam.

Namun, penyelidik sebaliknya mendapati cara itu terbukti buruk bagi kesihatan mereka.

Ujian air kencing lelaki yang bekerja syif berbeza mengandungi kadar melatonin yang rendah - sejenis hormon yang mengawal tabiat tidur, disebabkan kesukarannya menyesuaikan diri dengan waktu tidur yang sentiasa berubah-ubah.

Pekerja itu juga didapati memiliki tahap asid lemak yang tinggi dalam darah mereka selepas makan berbanding pekerja syif tetap - petunjuk mereka berisiko tinggi mengalami penyakit jantung, diabetes atau kencing manis serta masalah lain membabitkan kadar metabolisme badan.

Pakar dari Universiti Surrey, Josephine Arendt yang turut terbabit dalam kajian itu menyifatkan tugasan syif berbeza itu sebagai embunuh.?br>
Andrew Smith dari Universiti Cardiff pula menegaskan, pekerja perlu mengelak tugasan syif tidak tetap berkenaan. ?Agensi

No comments: