Sunday, December 9, 2007

Bahaya SEX haram!!!


Seramai 34 daripada 5,529 pesakit jantung di beberapa negara Asia meninggal dunia akibat melakukan aktiviti seksual, yang mana 27 daripadanya secara haram.
Perangkaan itu menggambarkan aktiviti seksual yang dilakukan secara tidak sah boleh memberi tekanan kepada jantung seterusnya menyebabkan kematian mengejut.
Pakar Perubatan Jabatan Kardiologis, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Wong Teck Wee, berkata kajian yang dijalankan pada tahun lalu itu mendapati pesakit jantung yang dalam keadaan terburu-buru akan menghasilkan angina (sakit dada apabila kepenatan) sekali gus berlakunya arthrosklerosis yang mana saluran yang membekalkan darah ke otot jantung menyempit sehingga menghalang pengaliran darah.
'Serangan sakit jantung terjadi apabila darah membeku di kawasan arthrosklerosis yang menghalang sepenuhnya pengaliran darah ke otot jantung. Keadaan ini menyebabkan sel jantung mati akibat tidak mendapat oksigen,' katanya dalam satu forum setempat kelmarin
(2 dec 2007)

No comments: