Thursday, December 20, 2007
Hati hati-warga asing guna pukau
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Dani, seorang jurujual,berkata dalam kejadian jam 4.15 petang itu, dia menaiki sebuah bas diperhentian berhampiran Ampang Point di sini dengan membawa sejumlahwang untuk membayar bil dan membeli-belah.¡°Kumpulan lelaki warga asing terbabit menaiki bas di perhentian samasebelum kami sama-sama berdiri kerana bas ketika itu sesak denganpenumpang,¡± katanya.Bagaimanapun, katanya, tiba-tiba seorang daripada lelaki terbabitseakan-akan sengaja menjatuhkan kunci berhampiran kakinya sebelumtunduk untuk mengutipnya semula.¡
¡°Ketika itu, saya rasa seperti ada orang memegang pergelangan kakidan tangan tapi saya tak dapat berbuat apa-apa kerana menjadi seolah-Dani berkata, dia hanya tersedar semula selepas kumpulan lelaki terbabit menekan loceng untuk turun di perhentian seterusnya sebelum mereka tergesa-gesa beredar. Saya juga turun di perhentian sama kerana tahu sesuatu tidak kena berlaku pada saya sebelum memeriksa dan mendapati semua wang dalam poket kanan seluar sudah tiada,¡± katanya. Justeru, katanya, dia menyoal lelaki warga asing terbabit, namun mereka berpura-pura tidak tahu apa-apa sebelum lesap entah ke mana. Saya tidak berfikir apa-apa ketika itu seolah-olah fikiran menjadi kosong selepas kejadian dan mengesyaki mereka mencuri wang itu ketika kaki dan tangan saya dipegang,¡± katanya. Berikutan kejadian itu, Dani berkata dia membuat laporan di balai polis berhampiran.
Kanoute saves Spanish mosque
Kanoute has paid 510,860 euros (some $700,000) so that fellow Muslims in Seville would not find themselves without a mosque, reported Agence France-Presse (AFP).
The privately owned mosque was due to be sold after a contract to use the premises by the local Muslim population had expired.
But Kanoute stepped in to purchase the building.
The 30-year-old striker has not made any comment on the matter.
But city authorities have confirmed that the property has been registered in Kanoute’s name, according to the BBC Sport.
It is estimated that Kanoute has spent almost a year’s salary to buy the mosque.
Kanoute, , one of the finalists for the 2007 BBC African Footballer of the Year award, moved in 2005 from French champions Lyon to Seville FC, the 2006-07 Spanish league’s third and the holder of last season’s cup championship.
Grateful
Spanish Muslims said they really appreciate Kanoute’s moving gesture.
“If it had not been for Kanoute then we would not have had a mosque on Fridays, which is the most holy day of the week for Muslims,” a spokesman for the Islamic Community of Spain was quoted as saying by BBC Sport.
Kanoute, who has also created a foundation in his motherland Mali to help orphans, reverted to Islam 10 years ago.
Last Ramadan, he impressed Spanish football fans by his unique performance though he was fasting.
Kanoute was crowned last year the league’s top scorer with 20 goals, outperforming football legends such as Brazilian Ronaldinho.
Kanoute, a practicing Muslim who regularly performs his prayers even in the locker room, refused last season to wear a jersey advertising for an inte gambling site, because gambling is forbidden in Islam.
His team had to give him a brand-free jersey until he accepted wearing the sponsored jersey in return for money to an Islamic charity.
Source: IslamOnline
*Allah will Bless u Brother...
Doa Imam besar Makkah yang menyentuh hati
Saturday, December 15, 2007
Strawberry quick
Berjumpa Jesus dalam hutan
Cuma setiap kali waktu sembahyang, anak lelakinya itru akan menghilangkan diri yang disangka oleh si ayah pergi ke surau atau masjid di pekan berhampiran.Ketika solat Hari Raya juga begitu. Oleh kerana itu tidak timbul sebarang rasa syak pada diri si ayah akan perubahan aqidah anaknya itu.
Sehinggalah apabila muncul dengan hebatnya kisah-kisah orang Melayu yang murtad, sementelahan pula sering diasak oleh khabar-khabar angin yang bertiup kencang umpama puting beliung, si ayah tergerak untuk bertanya sendiri dengan anaknya. Sang ayah percaya, anaknya akan bercakap benar kepadanya kerana itulah yang diajar selama ini.
Sebaik sang anak melayarkan punggungnya di atas sofa empuk di ruang tamu, si ayah mula membuka tutur bicaranya, " Nak, ayah tahu selama ini tidak ada ahli keluarga kita yang pernah dilatih untuk berbohong, bercakap bohong atau tidak jujur sesama kita." Si anak mula gelisah melihat mata ayahnya yang berkaca merenung tepat ke arah matanya yang berselindung di sebalik lapisan kaca mata. " Pada pagi ini secara jujur ayah ingin mengetahui kebenaran. Tidak ada lain melainkan kebenaran yang sejujur-jujurnya," sambung si ayah sambil tangannya pantas memutarkan biji tasbih. Menahan perasaan mungkin. Si anak menundukkan kepalanya merenung lantai. Tidak berani menatang wajah seorang ayah yang sangat difahami akan perangai dan ketegasannya sejak dari lahir lagi. Benak fikirannya pantas meneka apakah soalan yang bakal menerjahnya hari itu. " Benarkah seperti apa yang ayah dengar, bahawa kau telah meninggalkan agama Islam yang suci untuk mengikut agama Nasrani ? Ayah mahukan kebenaran. Jika ia kebenaran, ayah pun akan turut serta dengan kebenaran itu.... Tersentak si anak mendengar bait-bait kata ayahnya. Serba salah untuk menjawab pertanyaan itu. Dia\n tidak pernah diajar berbohong. Lagipun kata-kata ayahnya mahukan " kebenaran" mengundang seribu makna yang tidak dapat ditafsirkan. Mungkin ini saatnya untuk dia menyerlahkan kebenaran. Kebenaran tentang dirinya, tentang anutannya. Dengan suara perlahan, agak gementar, terketar, dia menjawab." Ya Ayah. Saya minta maaf. Tetapi saya telah menemui kebenaran.... Sang ayah hanya tersenyum. Tasbih di tangannya menjadi perlahan. Sang pemuda semakin bingung. Masakan seorang ayah yang sangat kuat pegangan agamanya tidak menjadi marah setelah mengetahui kebenaran ? Sambil tersenyum si ayah bertanya lagi," Nak. Ceritakan kenapa engkau jadi begini ? "",1]
);
//-->
Sebaik sang anak melayarkan punggungnya di atas sofa empuk di ruang tamu, si ayah mula membuka tutur bicaranya, " Nak, ayah tahu selama ini tidak ada ahli keluarga kita yang pernah dilatih untuk berbohong, bercakap bohong atau tidak jujur sesama kita." Si anak mula gelisah melihat mata ayahnya yang berkaca merenung tepat ke arah matanya yang berselindung di sebalik lapisan kaca mata.
" Pada pagi ini secara jujur ayah ingin mengetahui kebenaran. Tidak ada lain melainkan kebenaran yang sejujur-jujurnya," sambung si ayah sambil tangannya pantas memutarkan biji tasbih. Menahan perasaan mungkin.
Si anak menundukkan kepalanya merenung lantai. Tidak berani menatang wajah seorang ayah yang sangat difahami akan perangai dan ketegasannya sejak dari lahir lagi. Benak fikirannya pantas meneka apakah soalan yang bakal menerjahnya hari itu.
" Benarkah seperti apa yang ayah dengar, bahawa kau telah meninggalkan agama Islam yang suci untuk mengikut agama Nasrani ? Ayah mahukan kebenaran. Jika ia kebenaran, ayah pun akan turut serta dengan kebenaran itu...."
Tersentak si anak mendengar bait-bait kata ayahnya. Serba salah untuk menjawab pertanyaan itu. Dia tidak pernah diajar berbohong. Lagipun kata-kata ayahnya mahukan " kebenaran" mengundang seribu makna yang tidak dapat ditafsirkan. Mungkin ini saatnya untuk dia menyerlahkan kebenaran. Kebenaran tentang dirinya, tentang anutannya. Dengan suara perlahan, agak gementar, terketar, dia menjawab." Ya Ayah. Saya minta maaf. Tetapi saya telah menemui kebenaran...."
Sang ayah hanya tersenyum. Tasbih di tangannya menjadi perlahan. Sang pemuda semakin bingung. Masakan seorang ayah yang sangat kuat pegangan agamanya tidak menjadi marah setelah mengetahui kebenaran ? Sambil tersenyum si ayah bertanya lagi," Nak. Ceritakan kenapa engkau jadi begini ? " Dengan\n suara yang kembali normal, si anak bercerita tentang pengalamannya semasa berkhemah di hutan Belum satu ketika dahulu dan dia telah tersesat selama hampir satu minggu. Semasa tersesat, setiap kali selepas solat, dia telah berdoa agar ditunjukkan jalan keluar. Sehinggalah pada hari keenam dia hampir berasa putus asa.Tiba-tiba muncul satu cahaya dari langit, dan seorang lelaki berdiri di hadapannya. Sambil tangan kanannya memegang tongkat, tangan kirinya memimpin pemuda tersebut menuju jalan keluar. Dia selamat, dan lelaki berjubah itu lenyap. " Ayah tahu siapa lelaki itu ? " tanya pemuda itu kepada ayahnya. Sang ayah menggelengkan kepala, perlahan. " Dia Jesus Christ,\n ayah. Suasana hening seketika. " Mana engkau tahu dia itu Jesus Christ ? Kau ada bertanya kepadanya ?" Si ayah memecah " Tidak, kami tidak berbicara sepatah pun. Saya tahu dia itu Jesus Christ kerana rupanya serupa dengan gambar-gambar Jesus Christ yang pernah saya lihat. Lagipun tongkat yang dipegangnya berupa salib, ayah. Si ayah tersenyum lebar. Si pemuda semakin keliru.\n Mungkin ayahnya telah menemui " kebenaran ".Inilah peluang dakwah untuk ayah, kemudian ahli keluarga yang lain. " Lantas, kau telah temui kebenaran ? Dan kau menjadi Nasrani ? " Tanya si ayah dengan senyuman yang tidak pernah lekang." Ya, saya yakin akan kebenaran Jesus Christ...., juru selamat manusia akhir zaman ...."",
Dengan suara yang kembali normal, si anak bercerita tentang pengalamannya semasa berkhemah di hutan Belum satu ketika dahulu dan dia telah tersesat selama hampir satu minggu. Semasa tersesat, setiap kali selepas solat, dia telah berdoa agar ditunjukkan jalan keluar. Sehinggalah pada hari keenam dia hampir berasa putus asa.Tiba-tiba muncul satu cahaya dari langit, dan seorang lelaki berdiri di hadapannya. Sambil tangan kanannya memegang tongkat, tangan kirinya memimpin pemuda tersebut menuju jalan keluar. Dia selamat, dan lelaki berjubah itu lenyap.
" Ayah tahu siapa lelaki itu ? " tanya pemuda itu kepada ayahnya. Sang ayah menggelengkan kepala, perlahan.
" Dia Jesus Christ, ayah. " Suasana hening seketika.
" Mana engkau tahu dia itu Jesus Christ ? Kau ada bertanya kepadanya ?" Si ayah memecah suasana.
" Tidak, kami tidak berbicara sepatah pun. Saya tahu dia itu Jesus Christ kerana rupanya serupa dengan gambar-gambar Jesus Christ yang pernah saya lihat. Lagipun tongkat yang dipegangnya berupa salib, ayah."
Si ayah tersenyum lebar. Si pemuda semakin keliru. Mungkin ayahnya telah menemui " kebenaran ".Inilah peluang dakwah untuk ayah, kemudian ahli keluarga yang lain. " Lantas, kau telah temui kebenaran ? Dan kau menjadi Nasrani ? " Tanya si ayah dengan senyuman yang tidak pernah lekang.
" Ya, saya yakin akan kebenaran Jesus Christ...., juru selamat manusia akhir zaman ...."
" Anak, anak. Sebenarnya kau tersesat.... Sang anak terkedu seketika. Kalau dia tersesat kenapa ayahnya tidak\n melenting seperti mana ketika dia tidak solat semasa darjah tiga dahulu. Habis balar-balar badannya disebat kerana dia tidak sembahyang. Tapi, kini..... " Nak, ayah juga bernah ketemu dan diselamatkan oleh Jesus Christ ketika ayah terumbang-ambing semasa di lautan dahulu.." sambung si ayah yang pernah menjadi nelayan ketika mudanya. Si ayah menghela nafasnya panjang. Si anak semakin teruja untuk mendengar. " Ayah berada di lautan selama dua belas hari dan tidak putus-putus berdoa agar selamat. Pada hari terakhir ayah juga hampir putus asa dan hanya berserah kepada siapa sahaja yang bakal menyelamatkan ayah...... Ayah berhenti seketika. Merenung jauh seakan mahu mengingati peristiwa lampau itu. Kemudian menyambung, " Tiba-tiba datang satu cahaya dari langit, muncul pula ikan lumba-lumba di keliling perahu ayah. Satu lembaga manusia memegang tongkat berbentuk salib berada betul-betul di hadapan ayah sambil tersenyum. Dia telah mengarahkan ikan lumba-lumba seakan menunda perahu ayah hingga ke pesisir pantai kampung kita. Si anak semakin teruja mendengarnya. Si ayah menyambung lagi, " Apabila ayah sudah pasti akan selamat, ayah memberanikan diri memberikan salam kepada lelaki itu dan dia telah menjawab salam ayah. Ayah bertanya, siapakah gerangan\n dia itu. Dia tidak menjawab, cuma tersenyum sambil mengatakan, dia adalah juru selamat manusia yang akan membantu seorang pemimpin membunuh pemimpin kejahatan. Kemudian dia hilang."",
" Anak, anak. Sebenarnya kau tersesat...."
Sang anak terkedu seketika. Kalau dia tersesat kenapa ayahnya tidak melenting seperti mana ketika dia tidak solat semasa darjah tiga dahulu. Habis balar-balar badannya disebat kerana dia tidak sembahyang. Tapi, kini.....
" Nak, ayah juga bernah ketemu dan diselamatkan oleh Jesus Christ ketika ayah terumbang-ambing semasa di lautan dahulu.." sambung si ayah yang pernah menjadi nelayan ketika mudanya. Si ayah menghela nafasnya panjang. Si anak semakin teruja untuk mendengar.
" Ayah berada di lautan selama dua belas hari dan tidak putus-putus berdoa agar selamat. Pada hari terakhir ayah juga hampir putus asa dan hanya berserah kepada siapa sahaja yang bakal menyelamatkan ayah......"
Ayah berhenti seketika. Merenung jauh seakan mahu mengingati peristiwa lampau itu. Kemudian menyambung, " Tiba-tiba datang satu cahaya dari langit, muncul pula ikan lumba-lumba di keliling perahu ayah. Satu lembaga manusia memegang tongkat berbentuk salib berada betul-betul di hadapan ayah sambil tersenyum. Dia telah mengarahkan ikan lumba-lumba seakan menunda perahu ayah hingga ke pesisir pantai kampung kita."
Si anak semakin teruja mendengarnya. Si ayah menyambung lagi, " Apabila ayah sudah pasti akan selamat, ayah memberanikan diri memberikan salam kepada lelaki itu dan dia telah menjawab salam ayah. Ayah bertanya, siapakah gerangan dia itu. Dia tidak menjawab, cuma tersenyum sambil mengatakan, dia adalah juru selamat manusia yang akan membantu seorang pemimpin membunuh pemimpin kejahatan. Kemudian dia hilang."
" Kemudian ayah terlihat gambarnya di rumah jiran kita Michael Wong, sebiji seperti orang yang ayah temui atas perahu. Ayah bertanya kepada Michael Wong siapakah yang ada pada gambar itu, lalu dikataklan itulah Jesus Christ, penyelamat manusia. Ternyata ayah telah menemui kebenaran... Si anak tidak sabar-sabar bertanya kepada ayahnya, " kalau begitu kenapa ayah masih Islam ? " Si ayah tidak terus menjawab, sebaliknya ketawa kacil yang\n panjang. " Kerana Jesus Christ itu Islam dan dia akan turun satu masa nanti untuk menyelamatkan manusia serta membantu seorang pemimpin iaitu Imam Mahdi membunuh Dajal pemimpin kejahatan. Bukankah hal itu telah banyak Nabi Muhammad beritahu dalam hadis-hadisnya. Kerana itu ayah tetap Islam justeru Jesus Christ telah menjawab salam ayah secara Islam. Sang anak terpinga-pinga semakin keliru agaknya. Sang ayah tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu anaknya, " Engkau silap kerana tidak bertanya sendiri kepada Jesus Christ yang engkau temui dalam satu saat dan peluang yang tidak pernah orang lain dapati, sebaliknya engkau membuat andaian\n sendiri bahawa Jesus Christ itu adalah kebenaran Nasrani. Tidak ! Jesus Christ aadalah kebenaran tentang Islam....." sambil si ayah meninggalkan anaknya tersandar di kerusi......................" Kemudian ayah terlihat gambarnya di rumah jiran kita Michael Wong, sebiji seperti orang yang ayah temui atas perahu. Ayah bertanya kepada Michael Wong siapakah yang ada pada gambar itu, lalu dikataklan itulah Jesus Christ, penyelamat manusia. Ternyata ayah telah menemui kebenaran..."
Si anak tidak sabar-sabar bertanya kepada ayahnya, " kalau begitu kenapa ayah masih Islam ? " Si ayah tidak terus menjawab, sebaliknya ketawa kacil yang panjang.
" Kerana Jesus Christ itu Islam dan dia akan turun satu masa nanti untuk menyelamatkan manusia serta membantu seorang pemimpin iaitu Imam Mahdi membunuh Dajal pemimpin kejahatan. Bukankah hal itu telah banyak Nabi Muhammad beritahu dalam hadis-hadisnya. Kerana itu ayah tetap Islam justeru Jesus Christ telah menjawab salam ayah secara Islam."
Sang anak terpinga-pinga semakin keliru agaknya. Sang ayah tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu anaknya, " Engkau silap kerana tidak bertanya sendiri kepada Jesus Christ yang engkau temui dalam satu saat dan peluang yang tidak pernah orang lain dapati, sebaliknya engkau membuat andaian sendiri bahawa Jesus Christ itu adalah kebenaran Nasrani. Tidak ! Jesus Christ aadalah kebenaran tentang Islam....." sambil si ayah meninggalkan anaknya tersandar di kerusi......................"
Friday, December 14, 2007
MACAM-MACAM ADABertugas mengikut syif -CEPAT MATI LA TU
LONDON: Satu penyelidikan terbaru Britain mendakwa pekerja yang bertugas mengikut syif atau waktu kerja yang sentiasa berubah boleh membahayakan kesihatan, termasuk meningkatkan risiko penyakit jantung berbanding petugas biasa.
Kajian Keselamatan dan Kesihatan ke atas pekerja lombong minyak yang bertugas syif malam selama seminggu disusuli syif siang hari pada minggu berikutnya, mempunyai risiko lebih tinggi menghidap sakit jantung berbanding mereka yang bekerja syif siang atau malam secara tetap.
Edisi terbaru New Scientist melaporkan, mereka yang bertugas pada syif tidak menentu itu juga terbukti lebih penat dan gagal memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugasan yang diberikan.
Pakar Kesihatan Pekerjaan yang juga pensyarah Universiti Lancaster, Prof Cary Cooper berkata, masalah itu dapat dikurangkan jika pekerja dibabitkan dalam syif tugas tertentu.
ekerja atau individu yang berasa dapat mengawal kehidupan mereka sebagai pekerja, didapati kurang sakit.?br>
Dalam kajian itu, penyelidik Universiti Cardiff dan Universiti Guildford di Surrey meneliti keadaan kesihatan kira-kira 45 pekerja lombong minyak luar pantai.
Dua institusi itu mengkaji kesan tugasan dua syif itu yang terpaksa dilalui pekerja lelaki terbabit.
Sepanjang tempoh dua minggu, mereka diarahkan bekerja syif 12 jam siang atau malam. Kumpulan pekerja yang lain pula bekerja syif tidak tetap antara malam dan siang selama seminggu berturut-turut bagi setiap syif.
Ramai pekerja lebih sukakan syif itu kerana membolehkan mereka membiasakan diri dengan waktu tidur pada sebelah malam.
Namun, penyelidik sebaliknya mendapati cara itu terbukti buruk bagi kesihatan mereka.
Ujian air kencing lelaki yang bekerja syif berbeza mengandungi kadar melatonin yang rendah - sejenis hormon yang mengawal tabiat tidur, disebabkan kesukarannya menyesuaikan diri dengan waktu tidur yang sentiasa berubah-ubah.
Pekerja itu juga didapati memiliki tahap asid lemak yang tinggi dalam darah mereka selepas makan berbanding pekerja syif tetap - petunjuk mereka berisiko tinggi mengalami penyakit jantung, diabetes atau kencing manis serta masalah lain membabitkan kadar metabolisme badan.
Pakar dari Universiti Surrey, Josephine Arendt yang turut terbabit dalam kajian itu menyifatkan tugasan syif berbeza itu sebagai embunuh.?br>
Andrew Smith dari Universiti Cardiff pula menegaskan, pekerja perlu mengelak tugasan syif tidak tetap berkenaan. ?Agensi
hati-hati pada org yg tak di kenali..
Wahai rakan-rakanku,
Berhati-hati dengan orang ini, mengaku kerabat diraja brunei, kami sekeluarga baru sahaja ditipu hampir setengah juta, laporan polis telah pun kami buat khamis lepas dan pesalah lelaki telah ditangkap,Cuma yang perempuan masih terlepas. Yang lelaki bernama Jeneral Agus Djunara, mengaku sebagai ketua daerah atau Bupati Tanggerang dan bekas Jeneral unit Infantry, Tentera Nasional Indonesia dan yang perempuannya adalah Bonda Andi Putri Zaharah, mengaku bahawa beliau sepupu Sultan Brunei dan kaya raya. Penampilan amat esklusif, warak dan beragama. Penghafal Al Quran dan boleh membaca fikiran orang,
Syaitan-syaitan ini menggunakan ayat-ayat Al Quran untuk mengaburi dan seterusnya memukau kami, hampir 2 bulan kami terpukau dan tersihir, banyak kesulitan yang harus kami tempuhi, hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu betapa peritnya kami ketika itu.
Namun Allah s.w.t. masih menyayangi kami, isteri saya telah pergi berjumpa dengan seorang ustaz, dan Selasa minggu lepas, kami telah kembali kepada keaadan kami yang asal dan sihir tersebut Berjaya di pulihkan.
Fikir-fikirkanlah dan berhati-hatilah ketika berjumpa orang yang tidak dikenali. Sekarang ramai orang mempergunakan agama untuk kesenangan dunia dan kebendaan.
Berhati-hatilah, jangan terperangkap seperti kami.
Insya Allah, akan keluar dalam Harian Metro dalam masa terdekat ini.
Kisah Benar - Cerita Anak Derhaka
Kisah benar yg patut dijadikan teladan.......
Kisah benar dari Sandakan .
Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. 1 september 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng gelengkan kepala. Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati. Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalan ke arah mereka
"Bincang apa tu? Serius aku tengok," saya menyapa.
"Haaa? San, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia?" kata Jaimi, kawan saya.
"Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah " jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.
"Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, "di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu.
Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia? tapi belum boleh lagi". " Kenapa jadi macam tu ? "
saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual.. Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.
" Bukannya banyak, RM 20 aja mak !" gadis itu membentak." Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya, perlahan.
Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis.
" Maaak? kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu.
"Yalah, mak tau?tapi mak tak ada duit," balas ibunya.
"RM 20 aja !" si gadis berkata.
" Tak ada ," jawab ibunya.
" Emak memang kedekut!" si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.
" Bukan macam tu ta?" belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya,
"Ahhh?sudahlah emak ! Saya tak mau dengar!"
"Kalau emak ada du? " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya; "kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada!" Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai.
Saida..Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit. Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes Di dalam bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan Sementara diluar, suasana sunyi sepi. Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melaui jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.
Jaimi menyambung ceritanya; "Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat Bantu." Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur." Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat. Ia seperti di paku ke tanah.
Si gadis mula cemas." Kenapa ni ayah?" kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.
"Apa pasal," Si ayah bertanya. "Kaki Saida ni..tak boleh angkat!" balas si gadis yang kian cemas.
Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.
" Ayah,tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat? tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.
Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.
" Ayah?kenapa ni ?? !! Tolonglah Saida , ayah.."
si gadis menangis memandang ayah dan adik- beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.
" Tolong saya ayah, tolong saya?kenapa jadi macam ni ayah ? kata si gadis sambil meratap. "
Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal Sekarang , ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.
Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.
" Emak..ampunkan Saida emak, ampunkan Saida.." gadis itu menangis ..
Sambil itu di peluk dan di cium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh di empang lagi. " Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal.Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku. Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkan nya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu di kambus.
" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja? kalau hujan macam mana ? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan.
" Habis anak saya ?" tanya si bapa.
" Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak di sempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.
Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang di putuskan, upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya. Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur.Bila talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata.Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.
" Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.
" Aku pun nak pergilah," kata saya.
Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur. Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana . Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.
Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.
" Pssstt?Raie?Raie..Psstt," saya memanggil , Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.
" Boleh aku tengok budak tu ?" saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya.
" Mana boleh . Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang tahu.
" Sekejap aja. Bolehlah?"saya memujuk.
Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah.Tanpa berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang.Pertama ,risau, takut di halau keluar. Kedua ; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.
Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang di maksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak di halau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur. Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih ;
"Emak?ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.." Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya.
" Emak?lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya,"
Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga. Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.
" Sudahlah tu Saida?makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air.
Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya. Hampir menitis air mata saya melihat Saida . Tidak saya sangka , cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata. Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibi bapa akan di balas tunai'. Malangnya saya tidak dapat lama di sana . Cuma 10 ,15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut.
Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya saya, Ya Allah, lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf?" Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya. Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak di benarkan . Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di tolak.
Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga. Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati.Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah di sebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat di keluarkan. Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Begitulah yang berlaku keesokannya Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak- sesak dan mendengar orang-orang bercerita. Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya. Allah Maha Agung. sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan seperti mayat-mayat lain.Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka...
Teladan dari kisah Mustapha Kamal Attarturk
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.
Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).
Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!”
Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendir
Antara syarat yang diekenakan olen Mustapha Kamal Attaturk
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.